Begitu pesan Sayyidina Umar R.A.
Dunia itu bagi seorang pemimpin, bagai seorang gadis yang cantik. Disamping dia mesti melindungi gadis itu agar tidak dinodai oleh orang lain...Dia juga mesti menahan dirinya agar tidak menodai gadis yang dilindunginya itu!
Sesungguhnya, bahagian yang kedua itulah yang lebih sukar kerana harta dan kuasa itulah dunia yang mampu merubah pejuang menjadi petualang.
Betapa sejarah telah membuktikan acapkali berlaku apabila kemungkaran runtuh naik pula kemungkaran yang lebih buruk menggantikannya.
Kebenaran perlu diperjuangkan dengan cara yang benar dan penuh sabar... kerana jalan yang benar dan sabar itu sesungguhnya lebih mulia daripada kemenangan.
Menegakkan kebenaran itu wajib tetapi jangan merasa diri sentiasa benar. Berbuat baik kepada orang lain itu mulia tetapi merasa diri lebih baik daripada orang lain itu hina.
“Balaslah perbuatan buruk mereka dengan yang lebih baik. Kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan.” ( Al-Mu’minun [23]: 96).
Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya mendukung, menegur tidak bermakna membenci dan berbeza pendapat adalah teman berfikir yang baik.
Dan semua ini...kerana sayangkan umat jua. Mudah-mudahan. InsyaAllah. Amin.
![]() |
| Status Ust Pahrol |

0 comments:
Post a Comment