Assalamualaikum.. Selalu kita baca status yang elok, yang baik dan sangat bermanfaat untuk muhasabah diri kita, namun selalu juga kita lupa.. Untuk itu, saya mengambil inisiatif untuk menyimpan status - status sahabat Fb saya untuk di jadikan panduan, renungan diri saya sendiri dan semoga ianya bermanfaat untuk semua juga.. Wassalam

Thursday, 13 April 2017

Tagged Under: , , , , ,

JEJAK IBU ZAIN - PEJUANG WANITA MEMERANGI KEBODOHAN

Share
Assalamualaikum semua.

Harini saya nak kongsi dengan anda semua suatu kerja amal yang dilakukan oleh Team Jejak Tarbiah (TJT ) yang pada hemat saya amat bagus untuk pengetahuan semua.

TJT telah menjejaki insan berjiwa mulia, iaitu Ibu Zain yang mana boleh di anggap sebagai pejuang pendidikan kerana seawal usia 17 tahun lagi beliau telah berjaya menubuhkan sebuah sekolah di Pasuh Jaya, Negeri Sembilan bagi membasmi buta huruf.

Konsep dan idea beliau ketengah kan sangat bermakna, iaitu wanita mesti mendapat pendidikan dan mendapatkan ilmu..

Maka, semenjak dari itulah bermula segalanya...

Jom baca seterusnya..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Team Jejak Tarbiah


Hari ini kami memulakan langkah mengkaji tentang seorang tokoh wanita Malaysia yang jarang didendang ini. Saya pun hanya terdengar sipi-sipi tentang tokoh wanita ini, terkenal sebagai antara pejuang dalam bidang pendidikan dan politik di tanah air kita.

Mungkin juga pernah terdengar hanya kerana Ibu Zain merupakan salah satu nama kolej kediaman di UKM. Sebatas dan sedangkal itu sahaja.

Walaupun baru tiba dari Kedah semalam, saya menggagahkan diri pagi ini hadir ke Arkib Negara semata-mata kerana ingin lebih mendekati tokoh ini melalui sumber-sumber asli yang tersimpan sebagai khazanah negara di arkib ini.

 Ternyata, dapat memegang dan menghidu dokumen-dokumen langka berwarna kuning yang disimpan disini sangat berbaloi dengan pengorbanan saya meninggalkan rumah dalam penuh kekalutan selepas menyelesaikan urusan anak-anak pagi ini. Hanya bagi sesiapa yang meminati sesuatu yang ‘langka’ dan menghargai nilai dokumen kuning ini boleh menyelami perasaan saya ini, perasaan memegang dan menghidu kertas itu tidak boleh digambarkan dengan kata, hanya boleh dirasa.

Almarhum Tan Sri Hajjah Zainun binti Munshi Sulaiman, nama penuh beliau yang mungkin kita pun tak pernah tahu. Lebih dikenali sebagai Ibu Zain, seorang pejuang bangsa dan bahasa, juga pejuang untuk pendidikan wanita.

Seawal usia 17 tahun lagi beliau telah berjuang dan berjaya menubuhkan sebuah sekolah di Pasuh Jaya, Negeri Sembilan bagi membasmi buta huruf. Idea beliau mudah, wanita mesti mendapat pendidikan, di situ akan bermula segalanya.

Di Arkib Negara yang tidak dibenarkan langsung membawa masuk telefon bimbit dan sebatang pen pun itu, kami terus membelek-belek dokumen yang dipinjam untuk ditelaah. Antara yang saya telitikan pagi tadi ialah laporan aktiviti tahunan Persatuan Perkumpulan Perempuan Persekutuan Tanah Melayu dari November 1960 hingga November 1961 yang dipimpin oleh Ibu Zain.

Saya membacanya dengan perasaan penuh kekaguman melihat senarai aktiviti untuk wanita yang dijalankan pada masa itu sangat progresif dan terkedepan. Ada aktiviti yang dinamakan ‘Iktisad Wanita’ untuk mengajar golongan wanita mencari duit, malah ada juga dibincangkan tentang bagaimana dengan pusat jagaan anak-anak. Ada masa saya terketawa kecil apabila membaca tentang “Kursus Membuat Karipap” yang dianjurkan pada masa itu. Semuanya direkodkan dengan baik. Hebat.

Kami pulang setelah selesai membuat fotokopi salah satu karya Ibu Zain yang bertajuk Hiburan Ibu. Perlu diteliti dan diterjemahkan. Satu lagi karya beliau bertajuk Wanita Dengan Rumahtangga gagal kami perolehi kerana sedang dipinjam oleh orang lain.

Saya rasa saya dah terlalu lama membaca tentang Kartini nun di sana, tiba masa mengkaji dan menulis tentang “Kartini” yang di sini.

-Nurul Suhadah Shuib
  Penyelidik Bebas Kerana Minat

#jejakibuzain
#jejaktokohwanita


Status pada 12 Apr 2017


Artikel asal boleh di capai di sini

0 comments:

Post a Comment

Need an Invite?

Want to attend the wedding event? Be our guest, give us a message.

Name Email * Message *

Our Location