Assalamualaikum.. Selalu kita baca status yang elok, yang baik dan sangat bermanfaat untuk muhasabah diri kita, namun selalu juga kita lupa.. Untuk itu, saya mengambil inisiatif untuk menyimpan status - status sahabat Fb saya untuk di jadikan panduan, renungan diri saya sendiri dan semoga ianya bermanfaat untuk semua juga.. Wassalam

Tuesday, 25 April 2017

Sifat - sifat mazmumah..

April 25, 2017 SulamKaseh
Riak : buat amal dengan niat nak tunjuk kat orang.

Ujub : berasa pelik/hairan/takjub dengan diri sendiri.

Sum'ah : kita berasa nak orang sebut-sebut kebaikkan/amalan yang kita lakukan.

Hubbu Riasah : kasih pada nak jadi ketua/nak ada pangkat.

Hubbu tho'am : kasih pada makan/makan banyak.

Hubbu khita' : kasih pada berkata-kata/banyak cakap.

Hubbu masyhur : kasih pada terkenal/suka dikenali orang ramai.

Hasad dengki : berharap kebaikkan/kelebihan yang ada pada orang lain dapat kepada dia atau hilang terus daripada orang lain itu.

Hubbu Dunia : kasih pada dunia & takutkan mati kerana akan berpisah dengan dunia yang ia kasihi. termasuk dalam kata dunia itu adalah harta, wanita, pangkat & sebagainya.

Diantara penyakit-penyakit hati.

 Riak & Ujub adalah pemusnah kepada amal kebaikkan yang kita lakukan. hati-hati, kadang kita dah berasa kita dah buat kebaikkan, dah beramal.
Tapi sebenarnya tidak. amal kita tu tak dipandang langsung di sisi Tuhan. Malah, ditolak & tak diterima langsung. makna kata, apa pun tak dapat, pahala pun tak dapat. bahkan kebaikkan yang dilakukan itu bukan sahaja tidak mendapat pahala, malah berdosa di sisiNya. hati-hatilah moga Allah pelihara diri kita dari segala sifat-sifat ni.

Wallahu Taala a'lam.

#muslimvolunteermalaysia #abuhanifah



Monday, 24 April 2017

Faham fungsi berumahtangga

April 24, 2017 SulamKaseh
Tujuan berumah tangga ialah mendapat redha Allah dan masuk syurga bersama keluarga. Jika ini tidak di niatkan dengan jelas dan tidak mencari ilmu maka bermulalah segala masaalah hidup dengan suami isteri tidak tahu peranan masing masing dan tidak mencari ilmu untuk medidik anak anak dengan kasih sayang dan meniatkan anak anak menjadi salah satu peninggalan bila meninggalkan dunia ini untuk medoakan kita di kubor nanti. Maka mula hidup tertipu dengan kilauan dunia mencari penghargaan manusia. Jo audit diri kita

Status : Prof Muhaya

Thursday, 20 April 2017

Mujahadah itu pahit kerana Syurga itu manis..

April 20, 2017 SulamKaseh
Aku meronta-ronta ingin bebas. Tapi semakin kuat aku meronta semakin  kuat hati ku terbelenggu.

Setelah penat berhempas pulas...barulah ku sedar bahawa bebas itu rupa-rupanya ialah terus terikat dengan Mu.

Lalu terdengarlah bisikan yang selalu ku pesankan sejak dulu: Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.

Status : Ust Pahrol


Laba di sebalik bala

April 20, 2017 SulamKaseh
Berdamailah dengan masa silam dengan memaafkan diri mu dan orang lain. Lupakan kisah silam tetapi jangan diabaikan pengajarannya.

Berdamailah dengan masa depan dengan bersangka baik dan membina harapan. Fikir tetapi jangan khuatir.

Hanya dengan berdamai dengan masa depan dan masa silam kita akan mempunyai kekuatan dan keyakinan menghadapi masakini.

Status : Ust Pahrol

Tuesday, 18 April 2017

Kembali kepada niat asal berdakwah

April 18, 2017 SulamKaseh
Kepada para pendakwah di luar sana...

Pernah tak terlintas di hati, kebimbangan untuk menegur suatu kesalahan yang sering dibudayakan oleh masyarakat, sebab bimbang takut nanti akan dikecam dan dibash oleh nitizen?

Pernah tak rasa bimbang, kalau menegur sesuatu yang digemari dan disukai oleh mad'u, bimbang takut digelar dan dilabel dengan bermacam-macam gelaran?

Nak tegur bab keburukan apabila selalu menonton movie yang mendedahkan aurat, mempunyai adegan-adegan tidak senonoh dan bahasa yang lucah dan kesat, tapi takut akan digelar party pooper, potong stim, kacau daun, tak pandai tengok keadaan, dan sebagainya...

Nak tegur mengenai kesan buruk komik-komik berbahasa lucah, takut diserang beramai-ramai oleh peminat komik. Nak mengingatkan masyarakat mengenai kesan buruk anime-anime yang mempunyai karakter seksi separuh bogel dan babak-babak kotor yang boleh mempengaruhi minda dan hati penonton, bimbang takut diserang pula oleh peminat anime.

Nak tegur mengenai vape dan rokok, takut diserang oleh peminat vape dan rokok. Nak tegur mengenai konsert dan hiburan yang bertentangan dengan Islam, bimbang takut diserang pula oleh peminat konsert dan hiburan.

Pendek kata, banyak benda yang kita nak tegur, tetapi at the end, kita tak jadi tegur, sebab takut diserang, takut followers lari dan tak suka lagi dengan kita.

Tambah-tambah bagi mereka yang cari makan dengan menulis buku-buku dakwah, melukis komik dakwah, buat video dakwah, muzik dakwah. Makin lama makin tidak tegas dalam amar maaruf nahi mungkar. Makin lama, konten penulisan, buku, lagu nasyid dan video yang dihasilkan makin lagha, makin tidak membuatkan orang yang membaca, melihat dan mendengarnya ingat kepada Allah.

Saat terlintasnya perkara ini di fikiran, tarik nafas dalam-dalam, hembuskan perlahan-lahan. Renung kembali niat asal kalian mula-mula berdakwah. Adakah kerana followers? Atau duit? Atau populariti? Atau sekadar hobi? Suka-suka? Adakah mahu tarik manusia supaya dekat dengan kita?

Atau mahu tarik manusia supaya dekat dengan Allah?

Sama-sama kita muhasabah...

Status : Abeben's Artwork

Monday, 17 April 2017

Perkara negatif boleh menjadi penyebab barah.

April 17, 2017 SulamKaseh
Ini suatu bahan bacaan yang baik, agar jadi motivasi tambahan untuk mampu beramal dengan sifat ajaib seorang Mukmin sebagaimana disebut dalam hadis, berpanjangan positif dan baik sangka dengan apa yang berlaku. Demikian juga memaafkan adalah juga menambah kuat ketahanan imuniti tubuh.

Maka jika dapat kebaikan, disyukuri, jika ditimpa musibah, disabari dan dimaafkan. Namun jika kita dizalimi, wajib usaha mengeluarkan dari menjadi mangsa. Tuntutan sabar dan positif TIDAK bermakna hanya REDHA dan BIAR diri menjadi mangsa.
Status : Ust Dr Zaharuddin


http://theheartysoul.com/negative-feelings-cause-cancer/

Sunday, 16 April 2017

Senarai Dosa Suami Isteri, Moga Kita Tak Buat Semua Perkara Ini Dalam Tak Sedar

April 16, 2017 Sulamkaseh

Oleh:Nadia Mohamad

Bercakap tentang dosa-dosa isteri amatlah mudah jika disenaraikan oleh para suami, lidah mereka lancar menyebut satu persatu kelemahan isteri, seperti fitnah wanita, isteri nusyuz, wanita penghuni neraka paling ramai, isteri banyak mengeluh sedikit bersyukur, isteri pengikis, mulut celopar, pencemburu, queen control dan tajuk-tajuk yang serupa dengannya. Seolah-olah hanya wanita yang menuai dosa dalam rumah tangga.
Bagaimana pula jika para isteri disoal siasat tentang perangai suami mereka? Mesti senarai mereka lebih panjang lagi, satu persatu dosa suami disusun.
Masalah suami tak beri nafkah, suami panas baran, kedekut, pemalas, tak romantik, suami mata keranjang, suami jahil agama dan segala isu-isu yang membabitkan kelemahan suami.

3 Senarai Dosa Suami Isteri Yang Boleh Bahayakan Rumah Tangga

1. LUAH MASALAH RUMAH TANGGA & KUAT BERAHSIA

Di depan isteri bukan main romantik tapi bila isteri tiada sesuka hati mengurat anak dara orang, isteri pula jika suami ada di depan mata pandailah jaga pergaulan tapi jika suami tiada mulalah mencari ‘suami orang atau jejaka bujang’ meluahkan segala keluhan pasal rumah tangga dan aib keluarga. Suami gatal isteri pula cari jantan, dosa apalagi yang boleh mengheret mereka ke lembah neraka dunia akhirat selain dosa zina?
Peliknya suami isteri sekarang masing-masing tak boleh tengok telefon pasangan. Jika benar-benar jujur tak perlu kita tutupi apa yang kita sembunyi dalam telefon. Jika benar-benar jujur siapa pun boleh tengok dan baca tanpa kita takut dan risau impak yang akan terjadi. Waspadalah hasutan syaitan, kemungkinan kita bermaksiat amat tinggi jika bersendirian!
Dosa yang dilakukan apabila bersendirian akan meranapkan amalan sebesar gunung yang menjulang tinggi. Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku benar-benar mengetahui rombongan-rombongan manusia dari kalangan umatku, mereka datang hari kiamat nanti dengan membawa pahala sebesar gunung Tihamah yang berwarna putih akan tetapi Allah menjadikannya debu yang berhamburan. Tsauban (seorang sahabat Nabi) berkata: Wahai Rasulullah terangkanlah sifat mereka kepada kami, terangkan keadaan mereka kepada kami agar kami tidak termasuk golongan mereka kerana kami tidak mengetahui.
Baginda s.a.w bersabda: sesungguhnya mereka itu adalah saudara-saudara kamu dan dari kulit kamu, mereka mengisi sebahagian malam (dengan ibadah) seperti kamu namun mereka adalah orang-orang yang apabila bersendirian mereka melanggar perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.” (hadis riwayat Ibnu Majah di sahihkan oleh syaikh Al-Albani)

2. SAKITKAN HATI PASANGAN & JADIKAN HAMBA

Suami yang menzalimi isteri, mengambil hartanya, memperhambakannya, memukul, hatta memaki dan menyakiti perasaan isteri akan dituntut dosa-dosanya itu di akhirat nanti. Begitu juga isteri yang menyakiti suami, tidak akan terlepas sehalus debu pun dosa yang anda lakukan, ia akan dibayar dengan pahala yang anda kumpulkan.
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu? Para sahabat menjawab: orang yang muflis itu adalah mereka yang tidak punya wang dan barang. Baginda bersabda: Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah orang yang datang di hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat tetapi dia mencaci orang, menuduh orang, makan harta orang, menumpahkan darah orang dan memukul orang. Maka hamba yang dizalimi itu diberi segala pahala-pahalanya dan jika belum habis (hutang kezaliman) maka dosa-dosa orang itu dipindahkan ke atasnya kemudian dia dilemparkan ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Imam Muslim)
Siapakah yang paling banyak kita zalimi di rumah? Bagaimana jika pasangan kita tidak redha, dosa-dosa dalam rumah tangga sememangnya tidak boleh dipandang ringan, ia boleh melemparkan kita ke dalam neraka. Bila kita belum bertaubat, tidak sempat meminta maaf, sentiasa mengulangi kezaliman pada pasangan, bagaimana kita berhadapan dengan Allah di akhirat kelak?

3. TAYANG AURAT & BERI KEBEBASAN PERGAULAN ANAK

Seorang lelaki berbangga di hadapan kawan-kawannya menayangkan bentuk badan anak dara dan isterinya yang membuka aurat untuk mendapat pujian cantik dan seksi. Ibu yang memberi izin anak bujangnya menjemput kekasih sampai ke dalam bilik, meraikan kemaksiatan di rumah atas sebab tuntutan kemodenan dalam pergaulan.
Meraikan hiburan sampai lupa sembahyang, tak ingat al-Quran. Malu berpakaian dan berakhlak Islam, mengagung-agungkan budaya barat dan menutup pintu-pintu hidayah masuk ke rumah. Ibu bapa yang sebegini menanggung dosa anak kerana mengajar mereka buat maksiat.
Sebagaimana sabda Nabi s.a.w: “ Sesiapa yang melakukan kejahatan kemudian diikuti oleh orang lain, sesungguhnya dia menanggung dosanya dan dosa orang yang melakukannya tanpa mengurangi dosa-dosa mereka.” (Hadis riwayat Muslim)
Tiga senarai dosa suami isteri ini sudah cukup menakutkan, tak payahlah saling menuduh satu sama lain tentang siapa yang paling banyak dosanya, suami isteri kena bertolong bantu menghapus dosa dan menambah pahala. Jika tidak, rumah tangga sentiasa diliputi kejahatan, kerisauan, kebencian dan akhirnya runtuh di tepi jurang neraka, ya Allah lindungilah keluarga kami!

Artikel Dari : Mingguan Wanita

Need an Invite?

Want to attend the wedding event? Be our guest, give us a message.

Name Email * Message *

Our Location