InsyaAllah kali ni, saya nak share tulisan kak Nafisah Tahir; iaitu mengenai bacaan Surah Al Mulk setiap malam.
Semoga segala yang baik, kembali kepada beliau yang berkongsi ilmu ini.. Aameen..
Hiasilah Malammu dengan Surah al-Mulk~ Siri 9.
Sambungan....
Panjang sikit malam ni.
Kenapa kita mesti membaca surah al-Mulk setiap malam?
6⃣
Jiwa mukmin yang melazimi surah al-Mulk pada setiap malam akan
menghayati sifat kesempurnaan Allah SWT iaitu Malik al-Mulk (مالك الملك)
yang bermaksud Raja yang merajai seluruh kerajaan. Dialah yang Maha
Berkuasa dan Maha Sempurna KekuasaanNya. Dialah yang mengurus
kerajaanNya dan seluruh hambaNya dengan sekehendakNya. Ia mengajarkan
hambaNya agar memperbetuli sistem pentadbiran di bumi ini mengikut
kanunNya dengan penegasan pada pembuka surah dengan ﴿تَبَارَكَ الَّذِي
بِيَدِهِ الْمُلْكُ﴾. Sesiapa yang yang meyakini bahawa Allah SWT itu
Malik al-Mulk dan berkuasa atas segala sesuatu maka akan tenanglah
hatinya dan jiwanya ditenggelami dengan cahaya redha dalam apa jua
keadaan. Sesiapa yang mengikuti kanunNya maka selamatlah kehidupan dunia
dan akhirat.
7⃣
Surah ini mengisytiharkan sebab kewujudan kita dalam kehidupan ini.
Iaitu satu persoalan bila mana insan bertanya tentangnya maka datanglah
jawapan dariNya :
﴿ الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ﴾)الملك: 2 (
Seolah-olah Allah SWT ingin menyatakan kepadamu : Wahai Insan, Engkau tidak diciptakan sia-sia. Engkau dicipta untuk beramal dalam kehidupan ini dan amal itu wajib bersifat ehsan.
Allah SWT tidak berkata : : أكثركم عملاً iaitu yang terbanyak amalannya tetapi mengatakan : أيكم أحسن عملاً iaitu yang terbaik amalannya, kerana ‘banyak’ menurut neraca Allah SWT tidak memberi apa-apa makna jika tidak menepati syariatNya serta bukan keranaNya. Sedangkan untuk membuat amalan terbaik dan bersifat ehsan merupakan sebesar-besar ujian dan cabaran yang akan kita hadapi dalam kehidupan ini.
Sebab itulah kita mesti merenung ayat ini setiap malam hingga tertanam di lubuk hati ini tentang makna ehsan. Jika kita bangun pagi dan berjalan di atas muka bumi ini kita akan berusaha untuk memperbaiki amalan sehingga terwujud roh ehsan ketika beramal dan sentiasa mengharapkan redha Allah SWT terhadap amalannya.
Dengan merenung ayat ini saban malam kita diajar bahawa amalan terbaik (أحسن عملاً) adalah :
~yang menepati syara’
~yang ikhlas
~yang itqaan (teliti dan profesional).
Lihatlah bagaimana Allah mencipta alam ini, sangat teratur dan sempurna. Tadabbur ayat 3 dari surah ini untuk melihat kesempurnaan perbuatanNya.
8⃣
Surah ini mengajar kita tentang satu peraturan hidup yang sangat
penting dalam kehidupan peribadi dan masyarakat. Kita mestilah sentiasa
bergerak dan beraktiviti. Tidak boleh duduk berpangku tangan sahaja.
Pada ayat 15, Allah SWT menegaskan bahawa Dialah yang menjadikan bumi
itu mudah bagi kita. Maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah
sebahagian dari rezeki-Nya.
Ini adalah satu mesej yang ditujukan untuk kita yang sedang tenggelam dengan kegelapan malam agar bersedia untuk esok paginya mencari rezeki di atas bumi yang dibentangkan untuk kita sehingga kita dapat makan dari makanan yang baik-baik yang Allah SWT ciptakan untuk kita. Ia juga adalah satu isyarat bahawa siapa yang malas tidak akan mendapat bahagaiannya. Malas adalah satu penyakit yang Nabi sendiri mohon perlindungan dari Allah SWT.
9⃣
Surah ini menayangkan kepada kita suatu alam yang indah. Iaitu alam
burung. Kita diajak memalingkan pandangan kita seketika kepadanya dan
mempelajari sesuatu pada ayat 19. Ia menyeru kita memperhatikan
burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya. Pandangan
mata kasar kita melihat tidak ada yang menahannya di udara sehingga ia
tidak terhempas ke bumi. Hanya jiwa yang beriman mengatakan tidak lain
Dialah yang Maha Pemurah yang mengatur segala sesuatu dan dapat beberapa
pelajaran dari alam burung. Antaranya :
~Burung sentiasa bertasbih (berkicau) dan berkumpul beramai-ramai pada jalur waktu secara berjadual. Iaitu sebelum fajar, selepas fajar, sebelum terbenam matahari dan selepasnya. Dalam surah al-Nur ayat 41 menegaskan lagi :
﴿ أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالطَّيْرُ صَافَّاتٍ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلَاتَهُ وَتَسْبِيحَهُ
وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ ﴾
Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha mengetahui apa yang mereka kerjakan.
~Burung berperaturan dan berdisiplin. Mereka mesti balik semula ke sarang sebelum terbenam matahari dan berterbangan semula pada awal-awal pagi
~ Istiqamah. Mereka sentiasa bangun awal sebeluim fajar dan tidak bertukar-tukar sarang dan tempat tidur.
~Mereka sentiasa saling hidup bermasyarakat (berkumpul sesama mereka di suatu tempat tertentu dan bermesra sesama mereka)
~Tawakkal. Nabi pernah bersabda tentang belajar tawakkal dari burung. Sabdanya :
لَوْ أَنَّكُمْ تَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ ، لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ ، تَغْدُو خِمَاصًا ، وَتَرُوحُ بِطَانًا
“Seandainya kalian benar-benar bertawakkal pada Allah, tentu kalian akan diberi rezeki sebagaimana burung diberi rezeki. Ia pergi di pagi hari dengan kelaparan dan pulang kekeyangan. (Riwayat al-Tirmizi, al-Nasaie, Ibnu Majah, Ahmad dan Ibn Hibban)
Dengan mempelajari alam burung kita akan dapat memahami mesej dari Allah bahawa Dia mahu hambaNya bertebarandan bekerja atas muka bumi ini dan bertawakkal kepadaNya Dialah yang akan memberi rezeki sebagaimana burung yang berterbangan dan berkicau di pagi hari kerana kelaparan. Apabila petang mereka pulang dengan perut yang penuh dan kekenyangan.
1⃣
0⃣
Surah al-Mulk boleh menjauhkan kita dari maksiat kerana dengan
membacanya akan menjelaskan dan merasakan kepada kita tentang
pengakhiran yang buruk dan menakutkan bagi sesiapa yang berpaling dari
Allah SWT dan rasulNya. Iaitu ayat 6-10 sehingga kita mengambil sikap
berjaga-jaga dalam hidup ini. Menjadi hambaNya yang taat dan takut
bermaksiat dan tetap taat meskipun di dalam kesunyian dan tidak ada
yang melihat sebagaimana dalam firman Allah SWT dalam ayat ke 12,
“Mereka itu takut pada Allah di kesunyian ketika mereka tidak nampak di
hadapan manusia lainnya. Mereka pun taat pada Allah dalam keadaan
sembunyi-sembunyi. Tentu saja dalam keadaan terang-terangan, mereka pun
lebih taat lagi pada Allah”
Banyak lagi sebab-sebab kenapa kita memerlukan surah al-Mulk dalam perjalanan hidup ini sebelum menuju alam barzakh dan akhirat kerana al-Quran adalah mukjizat yang sentiasa berkembang dan relevan sepanjang zaman.
Yang dimaksudkan membaca surah al-Mulk sehingga kita mendapat sekurang-kurang 10 penyebab di atas ialah :
~kita membacanya setiap malam.
~kita beramal dan mengamalkan hukum-hakam dan peraturan yang terdapat dalam surah.
~kita beriman, percaya dan terima dengan apa sahaja kenyataan dan berita yang dibentangkan oleh surah.
~Cuba sedaya upaya menghafaz ayat-ayatnya
~Cuba menyampaikan isi-isinya.
~ Ibubapa pula hendaklah menyuruh anak-anaknya untuk membaca Al Quran setiap hari dan membiasakannya adalah kewajipan orang tua.
Berapa minit yang kita perlukan untuk membaca Surat al-Mulk yang terdiri dari 30 ayat ini?
Tinta Kerdil
UNT
#alMulkBekalandiBarzah
Semoga segala yang baik, kembali kepada beliau yang berkongsi ilmu ini.. Aameen..
![]() |
| Nafisah Tahir |
Hiasilah Malammu dengan Surah al-Mulk~ Siri 9.
Sambungan....
Panjang sikit malam ni.
Kenapa kita mesti membaca surah al-Mulk setiap malam?
﴿ الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ﴾)الملك: 2 (
Seolah-olah Allah SWT ingin menyatakan kepadamu : Wahai Insan, Engkau tidak diciptakan sia-sia. Engkau dicipta untuk beramal dalam kehidupan ini dan amal itu wajib bersifat ehsan.
Allah SWT tidak berkata : : أكثركم عملاً iaitu yang terbanyak amalannya tetapi mengatakan : أيكم أحسن عملاً iaitu yang terbaik amalannya, kerana ‘banyak’ menurut neraca Allah SWT tidak memberi apa-apa makna jika tidak menepati syariatNya serta bukan keranaNya. Sedangkan untuk membuat amalan terbaik dan bersifat ehsan merupakan sebesar-besar ujian dan cabaran yang akan kita hadapi dalam kehidupan ini.
Sebab itulah kita mesti merenung ayat ini setiap malam hingga tertanam di lubuk hati ini tentang makna ehsan. Jika kita bangun pagi dan berjalan di atas muka bumi ini kita akan berusaha untuk memperbaiki amalan sehingga terwujud roh ehsan ketika beramal dan sentiasa mengharapkan redha Allah SWT terhadap amalannya.
Dengan merenung ayat ini saban malam kita diajar bahawa amalan terbaik (أحسن عملاً) adalah :
~yang menepati syara’
~yang ikhlas
~yang itqaan (teliti dan profesional).
Lihatlah bagaimana Allah mencipta alam ini, sangat teratur dan sempurna. Tadabbur ayat 3 dari surah ini untuk melihat kesempurnaan perbuatanNya.
Ini adalah satu mesej yang ditujukan untuk kita yang sedang tenggelam dengan kegelapan malam agar bersedia untuk esok paginya mencari rezeki di atas bumi yang dibentangkan untuk kita sehingga kita dapat makan dari makanan yang baik-baik yang Allah SWT ciptakan untuk kita. Ia juga adalah satu isyarat bahawa siapa yang malas tidak akan mendapat bahagaiannya. Malas adalah satu penyakit yang Nabi sendiri mohon perlindungan dari Allah SWT.
~Burung sentiasa bertasbih (berkicau) dan berkumpul beramai-ramai pada jalur waktu secara berjadual. Iaitu sebelum fajar, selepas fajar, sebelum terbenam matahari dan selepasnya. Dalam surah al-Nur ayat 41 menegaskan lagi :
﴿ أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالطَّيْرُ صَافَّاتٍ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلَاتَهُ وَتَسْبِيحَهُ
وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ ﴾
Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha mengetahui apa yang mereka kerjakan.
~Burung berperaturan dan berdisiplin. Mereka mesti balik semula ke sarang sebelum terbenam matahari dan berterbangan semula pada awal-awal pagi
~ Istiqamah. Mereka sentiasa bangun awal sebeluim fajar dan tidak bertukar-tukar sarang dan tempat tidur.
~Mereka sentiasa saling hidup bermasyarakat (berkumpul sesama mereka di suatu tempat tertentu dan bermesra sesama mereka)
~Tawakkal. Nabi pernah bersabda tentang belajar tawakkal dari burung. Sabdanya :
لَوْ أَنَّكُمْ تَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ ، لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ ، تَغْدُو خِمَاصًا ، وَتَرُوحُ بِطَانًا
“Seandainya kalian benar-benar bertawakkal pada Allah, tentu kalian akan diberi rezeki sebagaimana burung diberi rezeki. Ia pergi di pagi hari dengan kelaparan dan pulang kekeyangan. (Riwayat al-Tirmizi, al-Nasaie, Ibnu Majah, Ahmad dan Ibn Hibban)
Dengan mempelajari alam burung kita akan dapat memahami mesej dari Allah bahawa Dia mahu hambaNya bertebarandan bekerja atas muka bumi ini dan bertawakkal kepadaNya Dialah yang akan memberi rezeki sebagaimana burung yang berterbangan dan berkicau di pagi hari kerana kelaparan. Apabila petang mereka pulang dengan perut yang penuh dan kekenyangan.
Banyak lagi sebab-sebab kenapa kita memerlukan surah al-Mulk dalam perjalanan hidup ini sebelum menuju alam barzakh dan akhirat kerana al-Quran adalah mukjizat yang sentiasa berkembang dan relevan sepanjang zaman.
Yang dimaksudkan membaca surah al-Mulk sehingga kita mendapat sekurang-kurang 10 penyebab di atas ialah :
~kita membacanya setiap malam.
~kita beramal dan mengamalkan hukum-hakam dan peraturan yang terdapat dalam surah.
~kita beriman, percaya dan terima dengan apa sahaja kenyataan dan berita yang dibentangkan oleh surah.
~Cuba sedaya upaya menghafaz ayat-ayatnya
~Cuba menyampaikan isi-isinya.
~ Ibubapa pula hendaklah menyuruh anak-anaknya untuk membaca Al Quran setiap hari dan membiasakannya adalah kewajipan orang tua.
Berapa minit yang kita perlukan untuk membaca Surat al-Mulk yang terdiri dari 30 ayat ini?
Tinta Kerdil
UNT
#alMulkBekalandiBarzah
![]() |
| Status beliau 12 April 2017 |


0 comments:
Post a Comment