GEMUK.
Hadis di atas ada dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim. Di bawah adalah teks daripada Sahih al-Bukhari.
Daripada Imran bin Hussain r.a, Nabi s.a.w bersabda:
" خَيْرُ أُمَّتِي قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ". قَالَ عِمْرَانُ فَلاَ أَدْرِي أَذَكَرَ بَعْدَ قَرْنِهِ قَرْنَيْنِ أَوْ ثَلاَثًا " ثُمَّ إِنَّ بَعْدَكُمْ قَوْمًا يَشْهَدُونَ وَلاَ يُسْتَشْهَدُونَ، وَيَخُونُونَ وَلاَ يُؤْتَمَنُونَ، وَيَنْذُرُونَ وَلاَ يَفُونَ، وَيَظْهَرُ فِيهِمُ السِّمَنُ ".
Sebaik-baik umat ku adalah kurun ku. Seterusnya yang mengikuti mereka, seterusnya yang mengikuti mereka. Imran berkata: Aku tidak tahu adakah baginda menyebutkan dua atau tiga kurun selepas kurunnya. (Baginda bersabda lagi): Sesungguhnya selepas kalian akan muncul kaum yang bersaksi tanpa diminta memberi persaksian, khianat dan tidak amanah, bernazar dan tidak menunaikannya, KEGEMUKAN akan terzahir daripada mereka.
[Sahih al-Bukhari, Kitab Fadhail Ashab an-Nabiy, hadis no: 3650].
Sifat gemuk tidak digalakkan kerana ia lazimnya membawa kepada malas untuk beribadah kepada Allah. Apatah lagi sifat gemuk ini kebiasaannya akan membawa kepada masalah kesihatan yang lain.
-ADMIN- Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith
Status : Latifah Juwairiah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment